Pagi 23hb June dapat call dari boss cakap .. " Pack ur things.. Tomorrow we going off to Chiang Mai! . Haze is getting bad here ( Kuala Lumpur). I dont want we all getting sick ! And you can consider this a company trip!
Err . err biar betul. apa lagi.. Kena la aku follow boss ke sana.
Tiba di Chiang Mai International Airport (CNX) pada pukul 8:40 pagi waktu Chiang Mai. ( +1jam awal dari Malaysia).
Kami semua menetap di #Kantary Hills Hotels & Services Apartment. Lupa pulak aku nak snap gambar dalam bilik hotel :(.
Oleh kerana trip ini tak dirancang, So tempat yang nak dilawati pun main hantam juga lah.
Antara tempat yang menarik aku pegi . #ChiangMai Zoo. Tiketnya boleh tahan mahal juga untuk pelancong .Kitaorang ambil tiket untuk Zoo dan Aquarium. Boss bayar :)
#TukTuk.. Pengankutan rasmi kitaorang semasa berada di Chiang Mai. Rata rata harganya TB20( lebih kurang RM2 ) seorang. Paling jauh pun aku pegi aku kena bayar TB30.
Antara makanan yang wajib dicuba bila singgah di Chiang Mai ialah.. Chiang Mai Curry Noodle. kalau Tomyam tu balik di Malaysia pun berlambak kan. so aku cuba lah yang ni.. Memang menarik bagi mereka yang suka makan makanan yang pedas.